Assalamualaikum Dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Tahun 2009 ni giliran aku beraya dengan adik beradik aku. Hari terakhir berpuasa kami adik beradik berkumpul berbuka puasa di rumah Ella adik perempuan aku di Kulim, Kedah. Bersembahyang Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin dan Doa Tahlil untuk aruah mak dan ayah. Walaupun aku lelaki yang dah semakin tua..air mata tetap mengalir bila kenangkan aruah mak ayah.

Pagi raya selesai bersembahyang kami 3 keluarga ke rumah kak Shidah yang juga berada di Kulim. Selepas bersarapan kami bergegas ke rumah kak Norain di Padang Serai. Di situ kami berkumpul 7 adik beradik. Selepas menjamu selera kami bermaaf-maafan dan mengagih-agihkan duit raya kepada semua anak-anak buah. Senyum meleret ler dia orang.
Puas bergambar kami berkereta bersama keluarga masing-masing menuju ke kampung kelahiran Kg Permatang Pasir, 34950 Bandar Bharu, Kedah untuk menziarah kubur mak dan ayah sambil kerumah kelahiran mengambil nostalgia.“…..mak, ayah kenangan bersama mu takkan terpadam hingga akhir hayat….”
Dari situ kami bertolak ke Kampung Kedah ke rumah aruah abang Alias, aruah abang Budin dan Kak Salmah. Malamnya kami ke Parit Buntar ke rumah Pak Njang aku. Penuh satu rumah dari dapur hingga ke ruang tamu.
Sepanjang minggu cuti raya aku sempat kerumah Pak Teh Dahlan di Mahang, Kedah dan Kak Kiah di Selama,Perak. Menziarah salah sorang kawan kampung paling karib Md Rodzie selain Roslee dan member karib sekolah Sham.
Trima kasih Mieza dan Anip untuk gambar-gambar ni
Balik dari kampung ramai gak sedara dan member-member datang berhari raya di rumah. Isteri paling sibuk melayan tetamu.
Untuk semua saudara mara, sahabat handai yang hadir di rumah. Aku memohon keampunan kira terdapat kekurangan layanan kami sekeluarga.

bila pulak kowrang nak datang kerumah aku?...
ReplyDeletetungguuuuu.....insyaAllah cuti skolah tahun depan
ReplyDelete