“…..hello ayah, telefon bunyi…angkat telefon…..hello ayah, telefon bunyi…angkat telefon….”
Itu nada dering telefon aku la. Rakam suara anak…thee….heeeee…nengok no yang kluaq 0164115***. Hah sapa plak ni. Ni mesti kekawan ndak bagi tau ari ni masuk opis lambat atau ada marka ndak ngorat aku pagi-pagi ni. Otak aku dok pikiaq macam tu la.
Allooooo…..dengar sora laki….ishhhh tak pernah dengar plak sora ni…..Dia kata ni Mie Giant ni. Hah terkejut beruk aku. Dah 21 tahun aku tak dengar sora ni lepas kluaq dari IKM Sungai Petani. Tergamam gak aku. Dari dulu sampai la aku bukan jenis pandai menyembang. Aku pakai HP pun main sms ja walaupun ada hal ngan adik beradik aku. Klu ngan kekawan masa IKM dulu pun aku lebih banyak diam dari bercakap. Sora itik angsa lagi kuat dari sora aku. Glabah dah aku…apa aku ndak cakap ni. Mie bercrita satu-satu….style bercakap dia dari dulu. ..tak berubah.....Aku???? Aku nyampuk ler skit-skit. Heee…..heeeee…..
Mie Giant kat opis dia ni
Lepas abis nyembang aku pi sarapan. Lapaq la plak. Masa posa bleh plak tahan tak makan pagi. Masa sarapan aku senyum sorang-sorang. Tringat aku masa kat IKM Sungai Petani. Aku satu "Dorm C" ngan Mie Giant ni. Badan dia nahhhh…..tegap ngan tinggi lagi. Klu setakat ndak hentak budak-budak junior senang-senang sbelah tangan. Tapi dia bukan jenis tu. Yang aku kenai, dia ni jenis mudah berkawan, bercakap ayat bersusun satu-satu dan sensitif skit. Masa kat dewan makan kalau menu telur ngan roti kebanyakan bebudak tak lalu ndak makan. Semua member tolak kat dia…heee…heee…termasuk ler aku.
..terima kasih Mie kerana telefon aku




0 comments:
Post a Comment