Cintai Nabi Muhammad S.A.W

Sunday, August 9, 2009

Istana Tunku Kudin

Istana ni terletak berhampiran Taman Desa Bukit Tinggi dan Taman Tabung Haji, 06200 Kepala Batas, Kedah. Dari Bandaraya Alor Setar melalui Lebuhraya Utara/Selatan adalah sejauh 17km dan mengambil masa 20 minit perjalananan dengan menaiki kereta.


Itu kalau naik kereta la kalau jalan kaki dari Alor Setar mengikut jalan Hutan Kampung tak lama sangat lebih kurang 3 jam 5 minit. Kalau ndak keluarkan peluh tu boleh ler mencuba.





Masa aku baru menyewa area ni orang kata ini istana raja bersiung. Lama aku menyewa kat Kepala Batas ni baru aku tahu ini Istana Tunku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid yang merupakan Raja Muda Negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Negeri Kedah pada tahun 1850an . Tengku Kudin telah berkahwin dengan Tengku Arfah anak kepada Sultan Abdul Samad pada tahun 1867.

Sekarang Istana ni terbiar macam tu saja. Kawasan dalaman ditumbuhi oleh pokok dan semak samun. Aku pun tak tahu samada pihak-pihak yang berkenaan ndak biar istana cam ni saja atau ndak dibaik pulih. Dulu ada jugak ura-ura hendak dibaik pulih istana ni. Seingat aku istana ni ada nombornya macam nombor rumah kita la gak. Sekarang dah hilang. Mungkin dicuri oleh kaki-kaki ekor gamaknya. Rumah Tunku Kudin juga ada di Pulau Pinang.




Kalau dulu istana ni penuh dengan semak samun , sekarang.....pun penuh dengan semak samun dan ditambah menjadi tempat longgokan tong-tong sampah Majlis Daerah Kubang Pasu bagi kemudahan penduduk setempat membuang sampah.

14 comments:

  1. Salam Saudara Md Yusup dan juga para pembaca blog ini. Istana Tunku Kudin ini sebenarnya adalah dari asal kepunyaan Paduka Seri Sultan Sulaiman ibni Pir Abu.Sultan Sulaiman telah membunuh tukang-tukang cina machu yang datang untuk membina Berahma Indera @ Balai Besar di Kota Setar.pada pertengahan 1650an dan memakan daging mereka.Oleh kerana baginda telah didapati bersalah makan dihukum bunuh atas perintah Raja Benua Siam Islam Kedah... Istana ini dibiak pulih oleh Tunku Kudin pada 1859 selaku Raja Muda Wilayah Kuala Muda. untuk keterangan lanjut sila layari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ lagi terperinci cerita mengenai Sultan Sulaiman @ Raja Bersiong

    ReplyDelete
  2. Kalau Suffoulk House DiPulau Pinang dapat dibaiki pulih oleh kerajaan negeri dan pihak warisan. Mengapa di Kedah yang penuh dengan tinggalan2 sejarah tidak atau susah nak dapat peruntukan atau penjagaan.Suffolk House hanya di bina pada 1818 kalau tak silap dan jumlah untuk baik pulih yg mana pihak Bank HSBC pun ada menyumbangkan jumalh hampi RM1.5 juta untuk memenuhi keperluan RM5juta untuk projek baik pulih sebuah Mansion yg dulu di bina oleh penjajah..

    ReplyDelete
  3. Khun_Luang...trima kasih pasal tambahan info dan link yang di beri...makasih

    ReplyDelete
  4. salam,tumpang tnya
    duk dgq crita oqang pnah ad kes bdk mati kat istana tu,
    btoi ka x?

    ReplyDelete
  5. Tunku kudin bukan hanya berkahwin dengan anak sultan abd samad. Baginda ada mempunyai isteri semasa menjadi raja muda kedah lagi...hingga kini nasabnya masih ada cuma dalam sejarah tidak di masukan perihal tersebut.

    ReplyDelete
  6. kepada pemilik blog ni. diharap anda tidak terus terpengaruh dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh khun Luang dan anai-anai dalam blog depa tu. sebab apa kebanyakannya tidak ada fakta yg kukuh dan langsung menyeleweng dari fakta sebenar. saya cukup tahu dgn penulisan blog tersebut dan sudah membuat kajian susulan. ternyata banyak fakta yg dibohongi. istana ini memang dibina tengku kudin dan bukan istanan sultan sulaiman seperti yang dikatakan. blog depa cuba menutup kesalahan siam yg telah menjarah dan membunuh ramai orang melayu( melayu bukan siam islam dan bukan sam-sam) sejak beratus tahun lalu. sekian

    ReplyDelete
  7. Anonymous...Entahlah sapa yang betul sapa yang salah..penduduk persekitaran dari dahulu sampai sekarang mempercayaai bahawa ini adalah istana raja bersiung..wallahualam

    ReplyDelete
  8. ni tgku kudin punya istana.. ayah bgtau.. dah lama dia menetap area t.jalai.. dan arwah t.wan saya pun pernah bertugas sbg imam masjid bkt tingi.. :-)

    ReplyDelete
  9. Anonymous said...
    Ini cucu aruah Ustaz Lah ke

    ReplyDelete
  10. Salam , ada maklumat tak berkaitan dengan nasab tengku kudin selain daripada tengku arfah.

    ReplyDelete
  11. Keturunan Tunku Kudin masih ada...tapi masih berahsia...sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka...amin

    ReplyDelete
  12. Masih ada lagi nasab dari isteri Tengku Kudin sebelum berkahwin dengan Tengku Arfah...

    ReplyDelete
  13. tengku mariam adalah anak kepada tengku kudin dan tengku arfah .tengku mariam berkahwin dengan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah 2 (1879-1881) mendapat seorang chaya mata lelaki di bawa lari ke perak apabila ayahanda baginda di bunuh oleh pihak siam .di bawa lari oleh 3 orang panglima istana ketika dia berumur 4 tahun .keturunan ini masih ada lagi hingga sekarang...

    ReplyDelete
  14. Semasa baginda Tunku Kudin diarah menyertai kemelut di Selangor di zaman Sultan Abdul Samad baginda adalah Raja Muda Kedah ketika itu yang telah mempunyai Anak dan Isteri di Kedah. Baginda disingkirkan oleh pihak istana angkara fitnah yang menyatakan bahawa baginda dengan sendiri menyertai Sultan Abdul Samad padahal itu adalah satu perintah oleh seseorang. Dalam sejarah makamnya dulu dikatakan ada di Klang dan dalam versi lain baginda mangkat di Tg Kelawai Pulau Pinang. Kini makamnya ada di Jln Langgar Alor Star. Banyak maklumat mengenai tokoh ini tidak di ketahui awam.

    ReplyDelete