Cintai Nabi Muhammad S.A.W

Sunday, August 23, 2009

Darjat Atau Tingkatan Puasa

Semalam selepas abis trawih kat Masjid Bukit Tinggi, Pak Imam membuat pengunguman berkenaan agihan buku yang bertajuk SYARIAT PUASA. Walaupun agihan agak terhad, sempat la jugak aku ambik satu.

Kulit buku SYARIAT PUASA

Antara isi buku tersebut yang aku ingin kongsi bersama ialah pada mukasurat 12 bertajuk

DARJAT ATAU TINGKATAN PUASA

Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ehya’ Ulumuddin membahagikan darjat atau tingkatan puasa kepada tiga darjat.

Darjat pertama:
Puasa umum iaitu puasa sekadar menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi tuntutan syahwat sedangkan orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu pun daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.

Rasulullah S.A.W bersabda

Ertinya: Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.


Darjat kedua:
Puasa khusus iaitu selain menahan diri daripada memenuhi tuntutan syahwat perut dan kemaluan maka orang yang berpuasa juga turut menahan telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang berdosa. Puasa khusus adalah puasa golongan solehin atau orang-orang yang soleh.

Darjat ketiga:
Puasa khusus al-khusus iaitu selain menahan diri daripada memenuhi tuntutan syahwat perut dan kemaluan serta tidak menggunakan anggota-anggota badan untuk melakukan perkara-perkara yang berdosa maka orang yang berpuasa juga turut menahan hatinya daripada memikirkan perkara-perkara kotor dan tidak berfikir hal-hal keduniaan melainkan yang difikir dan diingatkan di dalam hatinya adalah Allah semata-mata. Puasa khusus al-khusus adalah puasa para nabi, golongan siddiggin dan mugarrabin iaitu orang-orang yang menghampiri diri kepad Allah S.W.T

.....itu antara petikan dari buku tersebut yang boleh kita amal dan renungkan bersama dimana kita diantara darjat-darjat tersebut.

Dan sempena dibulan Ramadhan ni, kepada yang masih ada mak dan ayah dan dah lama tak balik nengok dia orang...balik ler jengok dia orang.....pada yang dah tak ada mak dan ayah macam aku ni, perbanyakkan doa dan sedekah kepada aruah. InsyaAllah nanti bila kita pun dah tiada. Anak-anak akan buat macam kita buat pada mak dan ayah kita gak.

Amin

2 comments:

  1. alhamadulillah, thank you for sharing..
    semoga kita bersama2 dapat menafaat dan faedahnya



    renung renungkanlah...
    selamat beramal..

    ReplyDelete