Tengahari tu dalam dok buat-buat sibuk buat kerja, riuh la kat luar bunyi siren kereta bomba. Bagi aku biasa la sebab pejabat tempat aku kerja ni memang terletak berdepan dengan jalanraya yang menjadi laluan kereta bomba, ambulan dan kereta peronda. Itu tak termasuk lagi laluan merempet disebelah malam. Tapi disebabkan CNN dalam opis aku dah kecoh semacam ja, aku pun terus terkam keluar.

Ada kebakaran di belakang pejabat tempat aku kerja yang melibatkan seunit rumah teres 2 tingkat rupanya. Kebakaran bermula di bahagian dapur. Dalam 10 minit je pihak bomba dapat memadamkan kebakaran tu. Tahniah. Dari sumber minah-minah dan mad-mad kepoh persekitaran, kebakaran berlaku berpunca dari pendawaian yang telah uzur. Kat dalam rumah tu ada seorang tua dan 2 kanak-kanak. Dia orang keluar melalui tingkap atas dan turun menggunakan tangga sandar . Alhamdulillah tak dak kemalangan jiwa berlaku. Setakat harta benda tu apa lah sangat kalau dibandingkan dengan nyawa ni.

sik baik semua selamat, skrg ni musim wayar short, lagipun musim panas, adei panas2
ReplyDeletewayar short tak pa jangah orang ja wayar short...ha...haaaaa..
ReplyDeleteklu org wayar short, hidup org tu bahagia slalu, takyah fikir apa dah,waahahaha
ReplyDelete