Cintai Nabi Muhammad S.A.W

Monday, May 11, 2009

10 05 2009 Selamat Hari Ibu...mak

Hari Ibu dah beberapa hari berlalu, aku dah tak punya ibu kandung untuk diucap " Selamat Hari Ibu..mak..." Air mata mengalir membasah pipi mengenangkan aruah mak. Allah lebih menyayangi dia dari aku. Aku rindukan suara mak, masakan mak dan segala-galanya tentang nya. Setiap habis sholah iringan doa aku berikan untuk mak dan ayah. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas kedua-duanya...Amin


SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

"Ketika berusia setahun,
ibu suapkan makanan dan mendidik kita.
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Menjelang usia tiga tahun,
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang,
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai,

Apabila berusia tujuh tahun,
ibu belikan sebiji bola.
Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Ketika berusia sembilan tahun,
ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Apabila berusia 12 tahun,
ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun,
ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai.

Ketika berusia 14 tahun,
ibu terpaksa mengikat perut uhtuk membayar wang persekolahan dan asrama
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun. Semasa bercuti kita asyik mengunci pintu bilik.

Ketika ibu sedang menunggu panggilan penting,
kita bergayut ditelefon sepanjang malam.

Menjelang usia remaja, 18 tahun,
ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata "... itu bukan urusan ibu."

Setelah berusia 21 tahun,
ibu memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata: "Saya tak mahu jadi seperti ibu."

Ketika berusia 25 tahun,
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun,
ibu menelefon memberi nasihat petua mengenai penjagaan bayi,
kita berkata,"... itu dulu."

Ketika berusia 40 tahun,
ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung,
kita berkata: "Kami sibuk, tak ada masa nak datang."

Apabila berusia 50 tahun,
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjagainya,
kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.


Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir!
Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu per satu."

* Mastika keluaran September 2002 *
* Petikan dari Utusan Melaysia yang aku tak ingat bila

2 comments:

  1. hhuhu..nape la org yg kite syg akan tinggalkan kite, mak dah tua..nape la mak tua...adei

    ReplyDelete
  2. waaaaaaa....abg lagi sedih ni..... Jadi lebih2kan lah ibadat kita dan sering2lah mendoakan kesahjeteraan mereka

    ReplyDelete