Cintai Nabi Muhammad S.A.W

Monday, April 13, 2009

IKM Sungai Petani 1987-1988

Aku dulu masuk Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah. Seingat aku, abang Dan aku yang tolong ambilkan borang. Harap aku ndak ambik.....time tu kira ingat ndak mrapu ja....IKM ni siap dibina pada tahun 1972. Antara kursus yang ditawarkan pada tahun aku tu ialah Kursus Cat, Binaan Bangunan, Pertukangan Kayu, Kusyen, Kerja Paip, Lukisan Senibina dan Lukisan Rangkabina. Aku ambik kursus Lukisan Senibina. Group aku LSB21. Jangka masa kursus 2 tahum. Setahun 6 bulan teori dan amali 6 bulan semester akhir. Dapat elaun lagi. Masa semester akhir aku buat praktikal kat JKR Larut Matang, Taiping Perak dengan 3 orang member. Amin, Din dan Yahya.

Hari pertama aku mendaftar kat IKM, aku dah panjat pagar sebab masuk lewat ngan bebudak sem 2. Sini aku dok asrama sampai la semester 2. Cikgu Bahrin warden asrama. Cikgu sorang ni orang respect dia sebab dia main saikologi klu tegur orang. Best cikgu ni. Paling best akak-akak kantin. Klu baik dengan depa mesti dapat makanan lebih.

Ini gambar aku kat dalam studio LSB21. D
ari kiri aku, Halim Man, Fauzi, Wan, Daniel, Salamat dan Adnishah budak Melaka.





Kanan ni gambar masa buat survey kat Pantai Merdeka. 7 Hb Januari 1988.
Belakang berdiri Syed, Miselan, Fauzi, Halim. Duduk dari kiri Adnishah, Salamat Hajjah Norazana & aku. Bawah berdiri Ani Md Khir.



Aku masuk PSTD (Pasukan Simpanan Tentera Darat) tapi tak pegi buat tamat latihan sal aku ada masalah kesihatan. Masa latihan menembak incas platun aku Sarjan Azmi kasi aku ikut.
Masa ni kawat depan asrama pompuan. Kawat best nyer depan asrama pompuan.

Gambar kanan ni geng ragbi. Main buang peluh petang-petang. Kita orang punya coach yang kiri skali. Mie Giant panggilan dia. Dalam gambar ni kebanyakannya member dorm aku Dorm C. Kiri berdiri Mie Giant, Kassim, Din, Nizam & Tuah. Duduk kiri Shaaban, Halim Tualang, Aku



Semester 3 aku main bolasepak antara kursus. Perlawanan akhir diantara kursus Lukisan Rangkabina dan Lukisan Senibina ( Kusus aku ler tu). Kami menang 2-1. Kalau kalah tak la aku letak gambar kat sini.


Bergambar slepas ambik trophy masing-masing bersama pengurus pasukan En Lufti .....Fuhhh...aku jadi keeper. Itu ja posisi yang aku bleh main. Dari sekolah rendah, liga kampung sampai ler ke IKM..itu ja tempat aku bleh main.


Member-member rumah sewa kat 22, Lorong 2, Taman Nuri, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Dari Kiri Daniel, Key, Amin Kioq, Din Spek, Chop MBM, Wahid, Din Tok Perak dan Incas Zaini. Aku kat belakang. Tak dak dalam gambar Selamat sebab dia tolong ambik gambar..theee.....heeeee.....


Gambar kat Gunung Jerai. Aku masa ni pegi member yang blanja. Ikutkan aku, aku tak mau p pasai aku pokai. Tapi member sponsor nya pasal aku p juga ler akhirnya.




Kepada En Aziz Ketua Cawangan, En Lufti, En. Ibni, Pn Kalsom, Pn Azizam, Pn CT, Pn Norhayati guru-guru aku semua tu, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana membimbing aku menjadi orang yang berguna. Member LSB21 yang kenai aku rajin-rajin ler
contact aku. Klu aku ada buat kesalahan secara sengaja atau tak...aku mohon maaf. Halalkan termakan terminum aku.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datang dari aku.

3 comments:

  1. Sekarang dah semput...theee....heeee....tapi hg lagi aktif dari abg

    ReplyDelete
  2. WEI ASALAM MUALAIKUM.. AKU MIE GIANT.. TERHARU LA BEB JUMPA KAWAN LAMA.. LEPAS TU ADA GAMBAR AKU PULAK TU..DIAL AKU SEKARANG O164115032

    ReplyDelete