Cintai Nabi Muhammad S.A.W

Sunday, September 25, 2011

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2011 Azli N Geng

Jumaat 17 Syawal 1432 bersamaan 16Hb September 2011.

Cetusan idea dan penat lelah Azri, Ustaz Sukri, Zamzuri, Bg Man dan beberapa orang member lagi beserta sokongan kuat kaum ibu di Taman Kelisa, Jalan Istana, 06000 Jitra, Kedah. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, alhamdulillah telah berjaya di adakan.

2.45pm - proses menuang santan bermula






Lemang menjadi menu utama, walau tak seorang pun tahu selok belok sebenarnya membuat lemang ni, namun atas dasar semangat sambil dibantu oleh pakar luar, alhamdulillah proses menjadi mudah.








Saat-saat akhir persiapan sebelum majlis bermula




Abang Halim sedang mengangkat lemang




Ustaz Shukri sedang membaca doa 






















Majlis bermula selepas sholat Isyak . Jemputan mengambil tempat dan majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Shukri.
Sebahagian tetamu yang hadir

Anak-anak kecil tidak ketinggalan memeriahkan majlis

Tetamu menjamu selera sambil berbual-bual
Gambar kecik kiri - anak2 sedang bermain bunga api




Anak-anak kecil diraikan dengan pemberian duit raya.




11.30pm
Alhamdulillah majlis berakhir tanpa masalah. Semoaga kerjasama ini dapat berkekalan dan diberkati oleh Allah S.A.W.  InsyaAllah.

Amin

Thursday, October 28, 2010

Kenangan Dibawa Sebelum Mati

Tadika Asuhan 34950 - Bandar Bharu, Kedah - 1972

Tadika ni terletak di dalam kawasan masjid Bandar Bharu berhampiran dengan jalan. Masa tu kalau trak askar lalu memang depa akan baling ration kat dalam kawasan tadika. Best boleh makan biskut dan jem nanas. Seingat aku, masa mingu-minggu pertama kat sini aku kena buli dengan budak senior...fuh...Minggu pertama kat sini cikgu bagi aku melukis sebab dia nengok aku suka melukis. Seingat aku, aku melukis sebuah jet pejuang melewati bukit bukau. Jet pejuang tu aku tiru dari mainan yang aku jumpak dalam tong sampah. Paling best sakat bebudak pompuan masa rehat. Masa rehat makanan dan mainan disediakan. Kekadang cikgu akan bungkuskan susu tepung untuk dibawa balik. Nama penuh cikgu aku tak tahu sebab kami panggil cikgu kecik dan cikgu besaq.

Sepanjang aku sekolah kat sini sempat ler aruah bapak bawa nengok pasukan penyelam menjalankan operasi mencari mangsa-mangsa feri karam di Sungai Krian pada 13Hb. September 1972. Kejadian yang berlaku lebih kurang pada pukul 6.30am dan mengorbankan ramai kanak-kanak sekolah. Alfatihah

Kawan-kawan lelaki yang aku ingat lagi nama di tadika ni Rostam, Uda, Zul, Sukor, Jefri, Abd Samad & yang perempuan pulak Rohana, Mimi, Siti Khadijah, Anisah & Shakiroh.



Sek Rendah Kebangsaan, Kg Permatang Pasir, 34950 Bandar Bharu, Kedah

Ni masa aku darjah 1. Member rapat masa ni Harman, Gunarajah & Tan Bun Leng. Depa dok kat Sungai Kecil Hulu, Kedah. Cikgu kat depan tu yang aku ingat Cikgu Aishah, Mr Eng, Cikgu Salleh & Ustaz Shaari. Mr Eng mengajar Bahasa Inggeris. Masa masuk kelas selepas rehat dia akan buat spot check. Kami akan beratur panjang kat luar kelas. Masa masuk dia akan pegang belakang kami sorang-sorang. Sesiapa yang belakang berpeluh dia akan asingkan sebelah...suspen....Dah semua masuk kelas dia akan tanya kami siapa nampak si anu yang berpeluh belakang ni main. Kalau ada saksi siap ler. Dia akan suruh menunggeng atas riba dia & dia akan pukul dengan tangan. Satu lagi kalau dia membaca, kami mesti tunjuk dekat buku masing-masing setiap patah perkataan yang dia sebut. Siapa yang dia nampak leka sikit dia akan sergah dan suruh tunjuk tempat dia baca tadi....tak tahu dekat mana dia baca???? Heee.....heeee......sakit ler jari korang dia akan tekan-tekan kat tempat dia baca tadi...adusss.....

Nama member-member yang masih aku ingat Zul, Sofian, Harman, Md Desa, Rostam, aruah Abdullah, Pajilimi, Mazlan, Shaari, Manogaren, Albert, Hussin, Zul Panjang, Shaiful, Gunarajah, Sarina, Hasma Laili, Mhatavi,Victoria, Anisah, Mimi & Fazillah.

Aku masih ingat, boleh kata tiap-tiap petang kami 3,4 orang kawan akan ke rumah Hussin untuk belajar membaca rumi dan jawi. Hussin ni satu-satunya member yang lancar membaca jawi masa tu. Lepas habis belajar acara yang paling best mandi parit depan rumah Hussin. Air dia jernih sebab tanah dia berpasir. Bestttt bila sesekali mengenang kehidupan kanak-kanak sebelum mati.

Untuk member-member lama zaman persekolahan ni, Kalau hampa ada terbaca blog ni...contact ler aku. Rindu sangat ndak tau berita.

Wednesday, March 10, 2010

Peranginan Tupah, Merbok, Kedah

06/03/2010 - Sabtu

Pagi ni aku ke Peranginan Tupah, Merbok, Kedah membawa anak aku outing sambil mandi kat situ. Aku pernah terbaca komen dalam laman sesawang berkenaan pengunjung dikenakan bayaran RM1 untuk mandi. Aku bukan jenis percaya 100% apa yang ada dalam laman sesawang ni. Jauh perjalanan dari Exit 170 - Sungai Petani Utara melalui lebuhraya lebih kurang 15.8km atau 16min perjalanan menggunakan kereta (aku nengok kat peta Google)


Emmmm....betul la, pengunjung dikenakan bayaran RM1 untuk mandi, cuma dikawasan ini sahaja. Tapi untuk apa?????



Aku berbual-bual dengan penjaga kawasan ini Pak Lah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Mad. Berumur dalam lingkungan 68 tetapi masih gagah menjalani kehidupan.

Dari cerita Pak Lah dia bukan mengenakan bayaran sesuka hati. Terpulang pada pengunjung atas niat ikhlas. Pak Lah mengunakan wang sendiri untuk mendalam dan menjaga kawasan ini. Kawasan persekitaran disapu bersih. Sampah sarap dikumpulkan setempat bagi keselesaan pengunjung. Sepanjang aku ketempat-tempat perkelahan yang lain tak sama seperti disini. Kawasan sini bebas dari sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung. Pak Lah membuat tangga disepanjang tebing kawasan yang dijaganya ini. Pak Lah akan melepaskan air yang ditakungnya bagi membersihkannya dari sampah-sampah yang terperangkap dalam beberapa kali seminggu.


Dari cerita Pak Lah juga, dia kesal dengan tomahan sesetengah pengunjung. Pak Lah dikata cuba mengaut keuntungan dari kutipan tersebut. Aku sempat ditunjukkan surat menyurat antara Pak Lah dan Majlis Tempatan dan juga surat-surat dari Jabatan Pengairan Dan Saliran tempatan dalam usaha permohonannya untuk mengusaha dan memelihara kawasan ini.

Bagi aku kutipan RM1 tidak berbaloi dengan usaha Pak Lah dalam menjaga keselesaan pengunjung. Buat sesiapa yang mengunjung kawasan ini berjumpalah dengan Pak Lah. Bertanyalah apa yang terbuku didalam hati. Insyaallah Pak Lah pasti melayan setiap pertanyaan. Insyaallah.


Sunday, December 20, 2009

Berkelah di Yan, Kedah

19 / 12 / 2009

Aku bawa anak-anak aku berkhelah kat Daerah Yan, Kedah sambil tu niat aku ndak ke Pulau Bunting. Member-member bercerita pasal Pulau Bunting ni tapi aku tak pernah ler sampai lagi.Co-Pilot aku macam biasa wife aku ler.

Sampai kat air terjun Sri Perigi jam dah 10.30am. Tinjau tempat ler dulu. Ada la 2-3 keluarga dok mandi-manda kat tempat tu. Emmmm tak best lah sebab air terjun dia pun tak banyak air hari tu.



Lepak jap amik gambar aku terus ke Titi Hayun. Kat situ orang ramai. Aku cari tempat dan terus pacak khemah. Bukan ndak bermalam..senang ndak salin pakaian dan simpan barang-barang. Anak-anak aku terus salin pakaian dan brummmmm......lepas mandi, makan dan rehat aku berkemas sebab keadaan pun nampak mendung. Yang leceh , macam biasa sampah sarap berteraburan merata-rata. Ramai pengunjung tak dak sivik gamaknya kot. Dari situ aku ke Pulau Bunting.

Untuk ke Pulau Bunting tu samada melalui Simpang Empat, Sedaka, Yan atau Sungai Limau. Aku pun tercari-cari gak jalan ke situ. Tak dak arah jalan dan jalan untuk masuk ke kawasan tu pun tak sempurna bukan jalan bertar. Aku sampai kat Jambatan Pulau Bunting dah lewat petang. Cadangnya ndak kejap saja kat situ. Wife aku cakap klu dah alang-alang sampai baik pergi sampai pulau. Anak-anak aku yang 3 dan 7 tahun plak beriya-ia ndak ke pulau. Mau tak mau menapak le lebih kurang 2km lebih. Ndak ke pulau samada bermotosikal, berbasikal atau berjalan kaki. Tak leh naik keta sebab laluan masuk berpagar. Macam pagar penjara ler plak siap berkawat lagi.



Aku pun tak faham pasal apa jambatan tu dibuat. Dah bertahun tersadai tanpa aktiviti yang menunjukkan sebab-sebab jambatan tu dibuat. Aktiviti tak rasmi atas jambatan tu selain memancing ialah memadu kasih dan merempit. Air kat pulau tu jernih. Kata pakcik yang berniaga kat pulau tu, slalunya orang akan ramai datang berkelah pada hari Jumaat. Pantainya berpasir disebelah laut bebas berbanding gambar yang aku amik ni. Aku pun tak sempat meninjau-ninjau kat pulau ni pasal hari dah makin senja. Masa balik kat tengah jambatan tu pun hari dah malam.

Sampai rumah semua tido lena.....zzzzzzZZZZZ.....

Tuesday, December 1, 2009

aZR Architects - Ulangtahun ke 20


25 / 11 / 2009 - 8.30pm
Bertempat Di Kedah Club


Opis aku buat jamuan makan malam untuk staff sempena ulang tahun yang ke 20 penubuhannya pada 04 / 11 / 1989, kalau tak silap aku la. Bos aku En. Zuraimi dan Pn Rohana Hayati.



Huh bukan senang ndak makan free. Bos kata bawak seisi keluarga. Mana-mana yang bujang awek tak boleh bawak. Anak-anak boleh bawak semua tapi isteri kalau ada dua, tiga atau empat kena ler pilih mana yang ndak bawak….theee…..heeee…..Aku 8.40pm baru sampai, orang dah start makan. Ada tempat kosong aku sekeluarga terus amik tempat. Anak aku kalau tempat-tempat cam ni memang berselera makan dia orang. Semua ndak makan. Korang makan ler puas-puas, kalau tak rugi jer bos bayar.



Tak ada acara menarik cuma ditengah majlis ada acara yang tak dirancang. Member opis CT bawak kek ulang tahun. Bos kena potong kek….yahhh….makan kek ler plak nanti. Makan….makan….bos ketuk gelas…ait mcm dalam drama ler plak …keting…keting…gelas bunyi tak nyaring, mungkin gelas murah..ha…ha …haaaa.




Bos bercerita asal usul kewujudan aZR Architects. Lepas tu ada kejutan. Bos kasi cenderahati kat staff yang berkhidmat lama…huuu macam service dalam gomen plak rasanya. Aku antara 3 orang yang dapat cenderahati tu. Khidmat dah 13 tahun beb. Member aku Tuan Hj Saedi 18 thn.





Dapat apa???….gen….gen…..gennnn….(Klu 2 kali Gen…Gen…mungkin aku dapat Gen2 ler mlm tu) Masa dapat tu aku tak nengok ler hadiah tu. Cover kena cover…takkan aku ndak bukak time tu.


10.30pm masing-masing bersurai. Dalam kereta anak aku bagi tau aku dapat jam. Hah depa lagi cepat dari aku. Tah bila tahun laa bos aku ndak buat makan-makan untuk staff lagi.


13 tahun bos aku tak pernah buat opis trip…..bila la bos aku ndak buat…..

13 tahun gak sepatutnya pengalaman aku bertambah…tapi…..

13 tahun gak kerja-kerja yang sepatutnya aku buat kini berkurangan….bosan…..




.....mungkin aku patut berhenti dari sini selepas 13 tahun.....










Sunday, October 18, 2009

Kenduri Norhanum Omar & Muhammad Mat Nayan

28 Shawal 1430H Bersamaan 17 Oktober 2009
Bertempat Di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar Perak

Pagi ni taman aku Taman Kelisa buat gotong royong untuk Jamuan Hari Raya. Sepatutnya pukul 9am aku dah terpacak kat tempat gotong royong tu, tapi anak aku plak demam. Mau tak mau pagi tu aku p amik ubat kat klinik. Kinik plak kul 9am baru ndak bukak. Kalau time tu klu ada sapa sakit hampir ndak mati pun jangan la p klinik-klinik swasta kat kawasan tempat aku. Mati depan pintu klinik tu ler jawabnya. Theee....hee...heeeee.....Opss aku bukan ndak cerita pasai Jamuan Hari Raya taman aku atau pun kes p klinik. Itu intro ja. Iklan beb.

Kul 12.10 tghari lpas tolong apa yg termampu kat taman tu (...slalunya aku tolong-tolong sibuk ja...) aku baru bertolak ke Parit Buntar. Dari Alor Setar ke Parit Buntar, Perak ada la dalam 1jam 45min perjalanan. Aku bawak keta macam kura-kura. Aku singgah rumah Pyian kat Bandar Bharu, nunggu Azzam member dari Prai.

Sampai kat dewan orang dah berkurang. Biasa la klu p awai tak leh ndak nyembang ngan pengantin. Ramai member-member sekolah badge 1983 yg hadir. Badge 1984 pun ada dan termasuk ler cikgu cikgi yang dijemput. Antara cikgu yang hadir cikgu Baharum, cikgu Khaled, cikgu Habsah, cikgu Saemah dan beberapa cikgu lagi yang aku sendiri tak tau nama. Macam reunion sekolah ler plak dah. Ada member yang aku tak kenal sebab dah berubah paras rupa. Sori. Puas nyembang sessi amik gambar beramai ngan pengantin.




* Sesetengah gambar slide ni aku amik dari laman Alumni

Jam 6pm.....

Ramai dah beransur balik. Yang tinggal aku, Pyian, Azzam, Hamidah, Zabedah, pasangan pengantin dan dua tiga orang lagi yang tinggai dok nyembang. Dah p lambat balik pun lambat ler tak gitu.

Akhir terima kasih Anum & Amad untuk jemputan kenduri ni. Semoga Allah memberkati kehidupan korang berdua hingga akhir zuriat. InsyaAllah